Monday, March 26, 2012

Buat Duit Dengan Biskut

Puan Rozita sibuk menyiapkan biskut.

Melihat lebih dekat biskut-biskut yang dibuat.

Sempat berposing dengan usahawan biskut

Mmmm....sedap. Waktu yang sesuai untuk makan biskut raya ialah pada bulan bukan raya. Kenikmatannya terserlah.


Saya memang suka menghadiri kelas, seminar, kursus atau apa sahaja perkongsian ilmu yang berkaitan dengan menjana pendapatan dari rumah. Alhamdulillah, Sabtu baru-baru ini saya dapat menghadiri kelas memasak biskut raya oleh Fun Bake bersama Ita's Delight di bawah Program Kerja Dari Rumah.

Kelas buat biskut ini diadakan di Hotel Flamingo, Ampang. Dan seperti biasa, saya tak suka berada di hotel. Sebaik menjejakkan kaki ke dalam hotel tersebut, kenangan semasa menulis buku teks dulu terus terbayang di minda saya. Ya Allah, tak nak ingat, tak nak ingat semua tu.

Untuk pengetahuan, sebelum ini saya tidak pernah menghadiri kelas memasak dan seumpamanya. Kelas yang kerap saya hadiri ialah kelas-kelas yang berkaitan dengan komputer dan internet. Maklumlah, minat saya ke komputer bukan ke oven.

Saya teruja juga semasa melihat Puan Rozita dan pembantu-pembantu beliau yang cekap menyediakan 5 jenis biskut raya dalam masa 3 jam tanpa henti. Hebat betul!! Peserta juga diberi resipi untuk biskut-biskut tersebut.

Sambil membuat biskut, Puan Rozita turut menerangkan satu-persatu ramuan dan cara-cara biskut tersebut dibuat. Ada juga beberapa ramuan yang saya tak pernah dengar. Tetapi, takkan saya hendak mengaku saya tak tahu, malulah saya.

Bodoh sombong, ya? Hehe...kalau cerita tentang beli domain, hosting, otak saya boleh terima. Ini tentang shortening, rolled oats, saya perlu ambil masa sedikit untuk memahaminya.

Memang menarik demo tersebut, tetapi tiba-tiba saya rasa mengantuk pula. Mmm...sudah! Macam mana boleh mengantuk? Untuk menghilangkan rasa mengantuk dan ala-ala boring, cepat-cepat saya bangun untuk mengambil gambar.

Di atas itu, gambar-gambar yang saya sempat rakamkan untuk perkongsian bersama.

Jadi, kesimpulannya sebelum 2 Mei 2012, peserta-peserta perlu menghantar satu jenis sampel biskut yang telah diajar Puan Rozita untuk dinilai. Jika biskut tersebut melepasi piawaian yang ditetapkan, Puan Rozita akan membeli biskut raya daripada peserta berkenaan. Inilah peluang untuk mereka yang bekerja dari rumah bagi menjana pendapatan.

Saya?? Tak pasti, sama ada akan menghantar sampel tersebut atau tidak. Memang lumayan, membuat dan menjual biskut raya ini. Ada kakak yang duduk di sebelah saya, menjana RM10,000 hingga RM15,000 dengan menjual biskut raya sahaja. Lumayan...

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kelas belajar buat biskut dengan Puan Rozita, bolehlah sertai mereka di facebook....KLIK SINI.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...