Selamat Tahun Baru, semoga tahun 2012 ini memberikan keberkatan kepada kita dan semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya...Amin. (dah lewat ke? belum..., berikan ucapan cepat.)
Bermula tahun ini, saya berazam untuk meningkatkan tahap kesihatan saya kepada aras yang boleh dibanggakan. Macam mana tu? Ya, meningkatkan tahap kesihatan dengan mengawal pemakanan, menjalani gaya hidup sihat dan memasukkan aktiviti bersenam dalam rutin harian saya.
Aktiviti pagi saya, selepas menemani anak yang menunggu bas untuk ke sekolah agama, pada tahun 2012 ini ialah berjogging. Macam tak percayakan? Saya sendiri pun tak percaya sebenarnya. Tetapi, saya sedang melakukannya dan akan melakukannya lagi dan lagi. Anda bagaimana? Ada berjoging? Jogging, jangan tak jogging, nanti tak sihat.
Berat badan saya pun dah turun rasanya. Sebelum ini berat saya 64.5 kg...wah! Beraninya, saya memaklumkan berat saya dalam blog yang bakal dibaca oleh anda semua. Saya tak kisah, kenapa perlu dirahsiakan? Umur saya pun, anda semua sudah dimaklumkan. Nothing to hide, nothing to loose. Anyway, saya akan maklumkan berat saya dalam entri akan datang. Saya perlu ke shopping center untuk timbang berat, kerana alat penimbang saya dalam bilik tu ada masalah teknikal.
Selepas berjoging, saya akan berhenti seketika di sebuah taman kecil yang ada disediakan lorong kecil untuk refleksologi. Ini tempat favourite saya. Mula-mula dulu sakitsemasa pijak atas batu-batu ini, lebih-lebih lagi berkaki ayam. Tetapi semakin lama semakin selesa dan menyegarkan. Badan rasa sihat selepas melakukan aktiviti ini. Berpeluh-peluh...tetapi 'best'. Saya berjalan sebanyak 6 pusingan di sini.
Hendak tahu kebaikan berjalan atas batu refleksologi ini? Ini kebaikannya:
- Meredakan tekanan - kita hidup di dunia ini, tidak terlepas dari tekanan, sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Saya yang berkerja dari rumah ini pun ada tekanan dan stres.
- Membantu badan kita melakukan penyembuhan sendiri dan mengembalikan fungsi organ ke tahap normal.
- Memberi tenaga, merangsang tidur supaya lebih nyenyak dan merangsang selera makan (this, I don't need...hihi)
Untuk penerangan lebih lanjut...sudi-sudi singgah di sini BATU TUNGKU KAKI
Ada sesiapa yang sudah cuba jalan berkaki ayam di atas batu-batu refleksologi ini? Jom...join saya.
Ada sesiapa yang sudah cuba jalan berkaki ayam di atas batu-batu refleksologi ini? Jom...join saya.
No comments:
Post a Comment