Friday, September 30, 2011

Berhati-hatilah pemandu wanita

Gambar hiasan (cbsnews.com) - ini bukan saya...

Kebelakangan ini , saya ada menerima beberapa email peringatan agar pemandu-pemandu wanita supaya berhati-hati jika ke mana-mana di malam hari. Jenayah sekarang ini semakin menjadi-jadi, maka berhati-hatilah.

Berikut merupakan perkara yang sering saya praktikkan:
  • Elakkan parking kereta di tempat gelap. Jika terpaksa juga, pastikan anda sudah memegang kunci kereta sebelum berjalan ke tempat parking. Jalan cepat-cepat ke kereta anda (tapi berhati-hati, takut tertonggeng pulak...maklumlah kasut tumit tinggi). Elakkan daripada berbual menggunakan handphone ketika berjalan.
  • Semasa hendak masuk ke kereta, lihat dahulu kawasan sekeliling. Pastikan tidak ada orang berhampiran kereta anda.
  • Sebaik masuk ke dalam kereta, terus kunci pintu kereta.
  • Handbag anda yang mahal tu, jangan letak di tempat duduk sebelah kiri anda. Sorok handbag di bawah tempat duduk anda.
  • Semasa hendak mengisi petrol di stesyen minyak, kunci kereta anda. Jika tak kunci, takut nanti ada pulak mana-mana 'kutu' yang ikut anda balik rumah.
Seperkara lagi, saya perhatikan pemandu wanita ini jarang hendak mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih apabila diberi laluan di simpang jalan atau dimana-mana. Mengapa ya? Tak baik macam tu, orang dah beri laluan, ucaplah terima kasih. Ini juga peringatan untuk diri saya. Jangan marah....Saya pun pemandu wanita berhemah.

Monday, September 26, 2011

Kat mana nak tempah apam polka dot?

Kat mana nak tempah apam polka dot a.k.a dinosaur eggs ni? Anda boleh tempah dengan saya. Walaupun saya penulis, saya juga boleh buat kuih, memasak, etc. Kalau anda berminat nak tempah apam ini, hubungi saya di email, norehan_006@yahoo.com atau tinggalkan pesanan di bhg comment. Harga murah je, 40 sen sebiji, minimum order 100 biji.

Saturday, September 24, 2011

Cari Duit di Internet

Saya sering mengikuti perkembangan bisnes internet, di peringkat antarabangsa dan tempatan. Terus terang saya katakan saya memang mencemburui internet marketer yang berjaya menjana beribu-ribu ringgit sebulan dan berpendapatan melebihi golongan yang makan gaji.

Beribu ringgit juga telah saya habiskan bagi membeli ebook tentang cari duit di internet. Saya banyak menghabiskan masa di komputer untuk belajar set up website, menggunakan cpanel, beli hosting, domain dan sebagainya. Kini saya mahir membina website sendiri walaupun background saya bukan bidang IT. Yang penting, usaha dan jangan putus asa.

Baru-baru ini saya set satu blog affiliate Clickbank. Saya tinggalkan blog ini selama seminggu kerana sibuk dengan bengkel penulisan. Semalam, sejarah dalam hidup saya...saya mendapat sales pertama Clickbank. Yang seronoknya komisen dalam USD, jika convert ke RM memang best! Kini terbukti, cari duit di internet ini tak mustahil. Saya berazam untuk menjana beribu-ribu USD sebulan melalui internet. Tak mustahil....orang lain boleh, kita pasti boleh.

Monday, September 12, 2011

Tips Menangani Anak Nakal

Pemakanan juga penting untuk anak-anak. Pastikan bersih dan halal

Anak anda nakal? Biasalah budak-budak. Kalau tak nakal, bukanlah budak-budak namanya.

Kali ni nak cerita sikit pasal anak lelaki tunggal saya. Dari tahun 2 hingga tahun 5 memang susah hendak siapkan kerja sekolah, belajar untuk peperiksaan dan seumpamanya. Apabila kita tanya, dah siap homework, bang? Dah, mama. Abang ada homework hari ni? Tak ada, mama. Macam inilah, jawapan anak saya tu jika kita tanya pasal kerja sekolah. Subjek matematik memang asyik gagal saja. Maklumlah tak hafal sifir.

Tetapi dengan kuasa Allah Taala, masuk saja awal tahun 2011, anak saya tu sudah berubah 360 darjah. Bukan sikit-sikit punya berubah. Memang saya dan suami terkejut. Terkejut besar.

Apa yang saya buat hingga anak tu berubah?
  1. Saya sering mendoakan dia setiap kali selepas solat, solat malam dan seumpamanya.
  2. Saya beri dia minum air yasin yang saya buat sendiri setiap kali selepas membaca yasin.
  3. Saya beri dia minum air zam-zam.
  4. Untuk hafal sifir, saya dan suami menghantar ketiga-tiga anak kami untuk hafal sifir Kaedah Mokhdar (yang selalu keluar dalam suratkhabar) di Rawang. Yuran mahal sikit tapi berbaloi. Selepas seminggu, mereka semua dapat hafal sifir. Kini anak lelaki saya markah Matematik begitu membanggakan, tak gagal lagi.
Yang penting, jika anak nakal sangat, doakan untuk dia, beri dia minum air yasin. Yakinlah doa ibu sangat MAKBUL...Insya Allah

Sunday, September 11, 2011

Pelaburan Emas

Pernah dengar pelaburan emas? Saya dah lama dengar benda ni, cuma tak ambil peduli. Baru-baru ni saja saya mula berminat dengan pelaburan emas. Itu pun selepas terlihat harga emas dalam lingkungan RM170 satu gram di kedai emas. WOW!!! Mahal tu..

Saya memang jarang membeli perhiasan emas pasal saya tak minat pakai-pakai benda tu. Itu yang saya tak ambil kisah tentang pelaburan emas.

Jadi lepas ternampak betapa mahalnya harga emas, terdetik pula ingin membeli emas. Fikir punya fikir, kalau saya beli gelang emas, saya tak pakai pun. Kemudian, saya terfikir pula untuk membeli emas jongkong bagi tujuan pelaburan.

Saya pun meng'goggle' dan mula membaca tentang pelaburan emas. Ada banyak individu dan syarikat yang menawarkan macam-macam skim pelaburan emas. Tapi saya tak berapa nak 'appoach' mereka kerana dunia sekarang ni macam-macam boleh jadi, senang kata takut kena tipu. Google, google, google lagi, saya terjumpa ebook tentang pelaburan emas ini dan seperti biasa saya pun 'terbeli' ebook tersebut.

It's a good book bagi mereka yang berminat untuk membuat pelaburan emas di bank-bank tempatan. Antara kata-kata yang saya ambil dari ebook ini ialah 'mereka yang rugi adalah mereka yang membeli emas perhiasan. Jadi melaburlah dengan pelaburan emas dan bukan emas perhiasan. Cuma ada satu bank saja di Malaysia ini yang mengikut hukum syarak dalam jual beli emas. Dalam mengumpul harta, keberkatan tu kita nak jaga jugakan, betul tak?

Kalau nak beli buku pelaburan emas, KLIK SINI.

Thursday, September 8, 2011

Soalan Bocor UPSR 2011


Betul ke ada soalan bocor UPSR? Saya pun pernah dengar perkara ni. Hairan, macamana boleh bocor kertas UPSR. Setahu saya, ia dijaga rapi dari proses membuat soalan, proses cetakan dan sehinggalah sampai ke calon-calon UPSR. Di mana silapnya.

Kenapa tiba-tiba timbul isu ini? Sebenarnya anak kedua saya bakal menduduki UPSR dari 13 hingga 15 September. Sebab keduanya ialah saya pernah menerima pengakuan dari seorang rakan guru besar yang tahun lepas, ada seseorang telah menelefon beliau beberapa hari sebelum peperiksaan UPSR. Orang yang menelefon tu nak offer kawan saya soalan bocor UPSR, tetapi kawan saya ni kata "tak payahlah". Oh..begitu rupanya.

Persoalannya sekarang, siapa pemanggil misteri itu dan dari mana dia dapat soalan bocor UPSR?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...