Hadiah hari lahir saya yang tidak ternilai dari anak bongsu.
Please help me figure out what this thing is...
Please help me figure out what this thing is...
Tanggal 18 Disember 2011 mencatatkan sejarah penting dalam hidup saya. Hari itu merupakan hari lahir saya yang ke 40. Cepat betul masa berlalu. Tak sangka pula, saya yang sentiasa merasakan diri ini muda, rupa-rupanya dah tua ...hehe.
Banyak pengalaman hidup yang saya tempuhi sepanjang 40 tahun hidup di bumi Allah ini. Ada pengalaman manis dan sudah tentu ada juga yang pahit. Pengalaman manis, akan sentiasa kekal indah. Pengalaman pahit pula, tidak mahu diimbas kembali tetapi akan sentiasa jadi peringatan supaya ia tidak berulang kembali. Betullah kata pepatah," Pengalaman mendewasakan kita."
Pengalaman yang saya tempuhi selama ini sering dikongsikan dengan anak-anak saya yang sedang menjalani kehidupan remaja ketika ini. Pada pendapat saya, perkongsian ini mampu merapatkan lagi hubungan saya dengan mereka. Keakraban ibu bapa dan anak, pada saya penting supaya kelak apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan dapatkan nasihat dari kita sendiri terlebih dahulu dan bukannya terus daripada kawan-kawan mereka. Risau juga kalau anak-anak dapat nasihat yang salah.
Selain itu, mencecah usia "4 series" ini juga meletakkan saya di satu tahap yang boleh saya banggakan. Banyak kejayaan dan matlamat hidup yang berjaya saya penuhi. Tetapi biarlah semuanya saya simpan dalam diari peribadi saya. Rasanya tak perlulah dikongsikan di sini.
"Life begins at 40", boleh gunakah pepatah Inggeris ini? Boleh saja tetapi apa kata ia dicantikkan lagi dengan menganggap usia ini sebagai tanda bermulanya usaha mengumpul dan memperbanyakkan bekalan untuk kemudian hari. Takkan kita hendak pulang semula ke rumah asal kita dengan tangan kosong?
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari pembaca sekali, sekiranya ada antara tulisan saya sebelum ini menguris hati anda. Dan untuk diri saya sendiri, sudah tiba masanya saya melipatkaligandakan amal ibadah saya, sentiasa bermuhasabah diri dan menjaga kesihatan. Hidup di dunia ini tak lama. Kita semakin tua, bukannya semakin muda dan A year older is a year wiser. Setuju tak?
norehan slmt hari lahir. semoga dilindungi dan dirahmati oleh Allah sentiasa... Amin... Abstrak sungguh hadiahnya kan?...
ReplyDeleteSalam Norehan.
ReplyDelete40 tu kira masih muda lagi.
Kebayankan umur yg cecah 40, otak mereka boleh generate dgn lebih baik. Sbb mereka semakin matang. Tengok dkt picture profile pun nampak masih seperti 20an.
Apa2 pun Selamat Hari Lahir ye ;)
Sy komen guna Google Account.
Sbb sy tak boleh komen guna url.
Ini url sy http://nizamghazi.com/
Better awk cuba tukar setting.
Sbb penting utk blogger self host nak datang komen di sini.
Kak Ina - terima kasih atas ucapan. Semoga kita sama-sama di bawah lindungan dan rahmatNya.
ReplyDeleteSNG - saya hargai teguran anda. terima kasih juga kerana sudi membantu. saya dah tukar setting. Semoga Allah membalas jasa anda.