Friday, December 28, 2012

20 sen, dinar dan loket emas


Cuba lihat ketiga-tiga objek dalam gambar di atas. 
Apa persamaan dan beza objek- objek tersebut? 

Persamaan objek-objek tersebut sudah tentulah, warnanya. Warna emas, warna yang sangat cantik serta berkilau-kilauan apabila dipandang. 

Perbezaan pula? Dari segi nilainya. Syiling 20 sen itu, sudah tentu nilainya 20 sen. Dinar itu pula, harganya pada dan saat ketika saya sedang menulis ini ialah RM798.00. Loket emas itu, saya tak berapa pasti berapa harganya. Yang pasti, sudah semestinya lebih tinggi berbanding ketika emak saya membeli loket itu berpuluh tahun lalu. Dalam erti kata lain, loket emas itu terlalu bernilai buat diri saya. Kenapa ya? 

Kalau anda semua hendak tahu, ada satu perkara yang membezakan syiling 20 sen, dinar dengan loket emas yang terlalu bernilai itu. Ini bezanya. Saya pernah telan loket emas itu... . Haha..anda tak salah baca! Saya ulang sekali lagi, "saya pernah telan loket emas yang dalam gambar di atas tu." Biar betul, norehan ni? Betul...cuma umur saya masih panjang. 

Kalau tak, sudah tentu saya tak dapat menulis kisah loket emas tu. 

Begini ceritanya...... 

Ketika itu, kalau tak silap usia saya lebih kurang 2 - 3 tahun. Masih hisap susu botol. Tengah hari tu, seperti biasa saya baring-baring atas kerusi kayu berkusyen di ruang tamu rumah. Anda ingat lagi tak set kerusi kayu yang berkusyen fesyen dulu-dulu tu? 

Alah, jenis yang susah nak tukar lapik kusyen, pasal kusyen kerusi tu keras. Perlu lipat kusyen untuk masukkan lapik. Ada lagi rasanya set kerusi fesyen tu. Kerusi tu pula kedudukannya betul-betul di tepi tingkap. Memang strategik lah, kalau dapat baring atas kerusi tu. Angin bertiup sepoi-sepoi, maklumlah kawasan kampung. Itu kira macam 'port' saya hisap susu lah. 

Sambil hisap susu, tengok-tengok kereta yang lalu-lalang di jalan besar yang tak jauh dari rumah. Sambil baring, saya kulum loket emas yang saya pakai. Ini pun, hobi saya juga lah. Suka masukkan loket dalam mulut, hisap-hisap, rasa-rasa...maklumlah rasa emas, sedap...hehe. Rasanya kalau emak saya tahu, 'for sure' dia takkan bagi saya pakai loket emas tu langsung. 

Nak dijadikan cerita, saya khayal seketika pasal tengok kereta lalu-lalang. Tetiba saya rasa macam tertelan benda keras. Terkejut lah sekejap kan. Panik ,tapi tak pasti kenapa saya panik! Saya bangun, pergi cari emak saya. Kemudian saya tunjuk pada dia, rantai saya yang sudah putus. Oh ya...saya guna 'sign language' masa tu. 

Tapi macam mana boleh ingat kisah ni. Eh, tapi tak kan tak ingat, telan emas you. Emas tau! Emas 916 pula tu. Patutlah emas begitu signifikan dalam hidup saya. Tapi kan...nasib baik tak kena potong tekak, untuk keluarkan semula loket itu. Namun kuasa Allah melebihi segalanya. Ketika ke tandas, keesokan harinya, loket itu keluar dari badan saya. Kira hebat lah loket itu. It had travelled to the parts of my body that I haven't seen or been to.

Hidup ini macam-macam pengalaman kan? Tentunya anda pun ada kisah menarik.  
 

Friday, September 28, 2012

Roses Bouquet

Rasanya, semua wanita sukakan bunga. Namun bunga yang menjadi pilihan bergantung kepada wanita tersebut. Saya suka bunga ros. Tak tahu pula kenapa. Mungkin kerana bunga ros cantik dan berwarna-warni tetapi bunga-bunga lain pun cantik dan berwarna-warni juga, kan?

Disebabkan kecintaan saya terhadap bunga ros, saya mendapat ilham untuk menulis sebuah cerita ringkas mengenai kehidupan sekuntum bunga ros, yang boleh anda baca dalam buku teks English Tahun Dua. 

Untuk anda yang tidak ada anak-anak dalam tahun dua, boleh lah baca cerita tersebut di bawah ini. Tetapi sebelum itu, apa kata kita segarkan mata dengan gambar-gambar bunga ros yang cantik ciptaan Allah Taala ini.

suka...


suka ...


suka juga...

MAKE ME HAPPY RED ROSE

My name is Red Rose. I am the most beautiful flower in the garden. Everyone likes to look at me.

One morning, a gardener came along. He cut me from my stem. It was painful. Then the gardener put me in a basket. Soon I feel asleep.
Animasi bunga ros....suka juga.
When I woke up, I was in a flower shop. I looked around. A yellow rose smiled at me. Of course! A yellow rose is a symbol of friendship. I smiled back.
 
Later, I saw a pink rose on my left. She looked very happy. A pink rose is always happy and full of joy. a white rose stood next to her. The white rose looked young and pure. I looked around, I was still the most beautiful. I was a red rose full of love and beauty.

The next day, a boy walked into the shop. His name was Sutip. The florist gave me to Sutip. I did not want to leave the shop. The other roses did not look at me. I felt sad. I cried.

Sutip took me home. In a bedroom, I saw a pretty lady. She looked sick. He gave me to her. She smiled when she saw me. She touched me gently. I was so happy because she liked me.

Wednesday, August 1, 2012

Makanan Kegemaran Saya

Siapa suka makan ikan salmon? Oh...saya suka sangat makan ikan salmon, I super LIKE. Jadi semalam, saya telah meluangkan sedikit masa untuk google tentang ikan kegemaran saya ini. Terpaksa telan air liur banyak kali masa menggoggle tu....huhu.

Sebutan SALMON dalam Bahasa Inggeris ialah SA-MEN bukan SAL-MEN yang macam kita selalu sebut tu. Huruf 'L' tidak disebut. Begitu juga perkataan ALMOND. Sebutan yang betul ialah A (buka mulut luas-luas) -MEN... . Huruf 'L' tidak disebut. Jadi raya tahun ini, sebutan biskut London Almond tu jadi lain la sikit...hehe.

 


 Beberapa fakta menarik tentang ikan salmon:

  • Boleh didapati di Lautan Pasifik dan kawasan Utara Atlantik. Tetapi kebanyakan ikan salmon diternak di kolam.
  • Ikan salmon menghabiskan separuh hidupnya dalam air tawar dan separuh lagi di dalam laut.
  • Apabila hendak bertelur, ikan ini akan kembali semula ke tempat asal dengan menentang arus ombak serta arus sungai.
  • Ikan salmon dapat mencari jalan pulang ke tempat asal berpandukan deria bau yang dimilikinya. Deria bau ikan-ikan ini lebih kuat dari deria bau seekor anjing dan beruang.
  • Sekali bertelur, ikan ini akan bertelur sebanyak 2500- 7000.
Sekarang ini, kita ke segmen yang menarik dan menyelerakan. Jom layan gambar-gambar sajian ikan salmon. Subhanallah, bulan puasa ini. Layan.....jangan tak layan.










 Sushi Salmon

Sedap kan? Memanglah sedap. Saya juga suka makan sushi salmon  yang dijual di kaunter sushi di Jaya Jusco. Saya sukaaaaaaaaaa sangat. Tak kisahlah salmon disediakan dalam apa jenis masakan sekali pun, saya memang suka makan ikan salmon. Mentah atau yang masak...saya makan saja. Anda bagaimana? Apakah makanan kegemaran anda?

Saturday, July 28, 2012

Kelebihan Membaca Al-Quran

Membaca Al-Quran banyak kelebihannya. Di sini saya ingin berkongsi beberapa kelebihan membaca Al-Quran dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismali Kamus.

  • Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
  • Pembaca Al- Quran ialahs seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
  • Selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
  • Pada hari kiamat, Al- Quran menjadi pembela.
  • Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
  • Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
  • Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan  Siddiqin, Syuhada dan Solehin.
  • Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
  • Mempelajari satu ayat Al- Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat
  • Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
  • Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.
Jadi, marilah kita bersama-sama meluangkan masa pada bulan Ramadhan yang mulia ini bagi membaca kitab suci Al- Quran.

Seperkara lagi, saya juga menjual Al-Quran Digital My Qalam. Anda juga akan menerima tasbih digital (selagi stok masih ada), buku Iqra, kamus Melayu- Arab serta buku Panduan Haji dan Umrah. Harga promosi ialah RM299 (Semenanjung) dan RM309 (Sabah/ Sarawak).



Jika anda berminat, anda boleh terus ke fanpage saya KLIK DISINI ---Al-Quran di hatiku. Kalau tidak keberatan, tolongkah LIKE sekali page saya tu. Terima kasih.


Monday, July 23, 2012

Pengalaman Berpuasa

Salam Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah, hari ini genap tiga hari kita berpuasa. Bagi yang bekerja di luar sana, bawa banyak bersabar ye. Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan. Dan bagi mereka yang bekerja di rumah seperti saya, kita perlu banyak bersabar juga. Maklumlah, tilam dan katil yang empuk dalam bilik tidur itu, kelihatan lebih selesa dari duduk di atas kerusi sambil mengadap komputer ini.

Sebenarnya kalau anda semua hendak tahu, bukan mudah hendak mencari idea untuk menulis. Tetapi apabila idea datang, susah pula hendak berhenti.

Sepatutnya, saya fokuskan blog ini pada tips serta maklumat tentang penulisan. Tetapi, jika saya hanya tumpukan pada tips penulisan, takut anda semua bosan pula nanti. Atau mungkin saya pun akan bosan juga.  Jadi, saya rasa lebih baik saya tulis tentang apa-apa saja yang terlintas dalam fikiran saya ini. Setuju tak?

Berbalik pada bulan Ramadhan yang mulia ini, teringat saya pada kisah saya mula-mula belajar berpuasa di zaman kanak-kanak dulu. Ketika itu saya berusia 9 tahun, darjah tiga, sekolah pagi. Bangun sahur tak ada masalah, tetapi saya bermasalah ketika balik dari sekolah.

Saya balik sekolah dengan menaiki bas sekolah yang kecil. Ketika dalam perjalanan balik ke rumah, matahari memang sedang memancar terik. Masa itu, bas sekolah tak ada air-cond macam sekarang. Panasnya! Tuhan saja yang tahu. Tekak memang haus melampau masa tu. 

Ada kalanya, bas sekolah saya akan lalu di hadapan gerai yang menjual air di tepi jalan. Ya Allah....hebatnya dugaan. Cuba bayangkan perasaan kanak-kanak 9 tahun, dengan iman yang masih rapuh, ternampak pula air berwarna-warni yang dijual di tepi jalan. Boleh gugur iman....hehe.

Kerja saya asyik telan air liur saja. Air liur yang dah kering dalam tekak tu..hehe. Apabila balik ke rumah, anda tahu ke mana saya pergi? Ke bilik air lah, ke mana lagi. Saya masuk, masa itu emak saya tak ada di rumah. Dia masih di tempat kerja. Yang ada di rumah ketika itu ialah arwah nenek saya. Saya kunci pintu bilik air, terus cedok air dan minum sepuas-puasnya...hahaha....tak senonoh betul. Itulah yang saya lakukan dari masa ke semasa ketika bulan Ramadhan. Anda macam mana pula?

Tak sedap pun air paip tu, rasanya tawar. Selang beberapa minit, perut saya akan rasa berkelodak sedikit. Maklumlah, perut kosong, minum air paip pula. Tapi tak kisah lah, yang penting dapat minum air. 

Semasa di sekolah rendah, saya selalu beli gula-gula kapas, yang macam gambar kat atas tu. Anda masa sekolah dulu, ada jumpa tak benda ni? Masa tu, gula-gula kapas ini dijual dalam plastik kecil dan ia digulung pada kon ais-krim. Ada warna pink dan putih, kalau tak silap saya.

Harganya 20 sen kot, dah tak ingat sangat. Saya selalu beli gula-gula kapas ini semasa menunggu kedatangan bas sekolah. Mana ada budak-budak yang tak sukakan gula-gula? Betul tak? Apabila tiba bulan Ramadhan, mana mungkin saya tinggalkan gula-gula kegemaran saya ini.

Saya akan beli sebungkus seperti biasa dan simpan dalam beg. Tak boleh makan di situ, pasal malu dengan kawan-kawan. Hehe....tahu pulak malu!

Tiba di rumah, saya makan gula-gula itu sedikit-sedikit sampai habis. Apabila emak balik kerja, dia tanya saya," Puasa tak?" Saya mengangguk sambil senyum. Sendiri buat, sendiri simpanlah...hehe....nakalnya.

Saya tak puasa pun masa kanak-kanak dulu. Nobody knows except the Almighty. Tapi sekarang, anda yang baca blog ini sudah tahu rahsia saya. Emak saya tak tahu lagi pasal hal ini sebab saya belum membuat pengakuan lagi. Lagipun, dia tak ada facebook (selalunya, saya akan pos setiap entri saya ke facebook). But don't worry, I'll tell her when I see her.

Tapi ayah saya mungkin akan baca entri ini. Yes, our 70 year old father has facebook, jangan terkejut. Dan kerana facebook juga, ayah saya dapat bertemu semula dengan kawannya yang menetap di Kelantan, yang sudah lost contact sejak di maktab tahun 60an dulu. Hebatkan?

Anda yang ada anak sekolah rendah dan berpuasa tu, cuba-cubalah intip mereka ketika mereka ke bilik mandi. Manalah tahu...hehe. Anak lelaki saya yang berusia 13 tahun, baru-baru ini ada membuat pengakuan yang semasa di sekolah rendah dulu, dia ada curi-curi minum air semasa berpuasa. Hmmm....

Anda masa kecil dulu ada curi-curi minum air tak? Kalau ada, kongsilah cerita anda di bahagian comment.

Sekali lagi, selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Insya Allah.

Friday, July 20, 2012

Contoh Surat Letak Jawatan


Atas permintaan ramai, ini ialah contoh surat letak jawatan yang saya serahkan pada Pengetua sekolah pada tahun 2010. Maaf, saya tak dapat email pada semua, banyak sangat. Saya harap ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

Urusan yang lain, diuruskan oleh kerani sekolah. Saya tak ambil tahu langsung apa yang terjadi seterusnya. Lepas serah surat, selang sehari saya terus tak pergi kerja. Sepatutnya, saya perlu tunggu sehingga menerima surat kelulusan dari KPM (yang hanya diterima selepas 2 bulan saya berhenti). Sepatutnya saya tunggu surat kelulusan itu.....SEPATUTNYA la....hehe. 

 
Alamat sendiri--------------,
---------------------------,
--------------------------,
---------------.


Pengarah,
Jabatan Pelajaran Negeri Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,
Perak.                                                                                     27 April 2010

Tuan,

PERLETAKAN JAWATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Berikut merupakan maklumat peribadi dan butiran pekerjaan saya:

            Nama:
            No kad pengenalan:
            Gred jawatan: DG44
            No Fail JPN:
            Taraf perkhidmatan: KWSP
            Tarikh mula bekerja: 5/8/1996
            Tarikh sah jawatan: 5/8/1999

3.         Untuk maklumanTuan, saya ingin meletakkan jawatan 24 jam berkuatkuasa 27/4/2010.

Pertimbangan pihak Tuan amatlah dihargai dan dialu-alukan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,



................................................
(Pn Norehan bt Mohd Nooh)

p/s ribuan terima kasih juga kepada Tuan Ali Hanafiah Daud yang sudi mengemail contoh surat letak jawatan beliau kepada saya pada tahun 2008, all the way from Sarawak. Terima kasih, jasamu dikenang.

Tuesday, July 17, 2012

Cara Kuruskan Badan

Pakaian sukan mesti 'vogue' walaupun 80% hanya berjalan dan bukan berjogging.

Buah-buahan untuk stok seminggu.

Semua orang nak kuruskan badan, betul tak? Saya pun tak terkecuali. Kali ini saya hendak berkongsi cerita tentang cara kuruskan badan. Entri ini sebenarnya merupakan kesinambungan dari entri terdahulu saya iaitu Gaya Hidup Sihat.

Bagi yang baru melawat blog ini, sudi-sudikan menekan link di atas untuk membaca entri sebelum ini. Dalam entri tersebut, saya ada maklumkan berat badan saya serta serba-sedikit cara kuruskan badan, cara saya.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan semangat yang kuat (kuat ke semangat?...hehe), berat saya kini 54kg. Sebelum itu, tujuan memaklumkan berat saya bukan untuk bangga diri, sombong, riak dan sebagainya tapi kerana sudah berjanji dalam entri lepas. Saya berjaya menurunkan berat badan tanpa sebarang produk pelangsingan yang banyak dijual di pasaran. 

Saya melakukannya dengan mengawal makan dan bersenam. Itu saja. I did it the traditional way. Cara yang sering dihebahkan oleh doktor-doktor dan pakar diet di luar sana. Tapi ada pun, semangat dan kekuatan diri mesti ada. Seperkara lagi, matlamat kenapa anda mahu kurus juga perlu ada. 

Seperti saya,saya ada matlamat saya sendiri. Jadi, sebelum memulakan misi kuruskan badan, tetapkan dulu matlamat anda.

Sebelum ini, saya sering mengambil produk pelangsingan. Sebut saja nama produk tersebut, saya dah pernah cuba sebelum ini. Kalau nak tahu produk yang pernah saya ambil, anda boleh email saya. Saya boleh berikan review produk-produk tersebut.

Terdapat pelbagai produk di pasaran, cuma anda perlu bijak memilih yang mana sesuai untuk diri anda. Contohnya SDII (Slim Diet II), produk ini bagus juga. Kalau berminat boleh klik link ini ----Slim Diet II. Adik saya yang menjualnya.

Saya juga pernah membeli sejenis pil kurus. Saya berjaya mengurangkan sebanyak 5 kg dalam tempoh 14 hari. Hebat pil itu. Seronok kerana berjaya kurus tetapi saya tak sedar, semasa mengambil pil tersebut, degupan jantung saya laju, badan saya panas dan kadang-kala terasa seperti hendak pitam. 

Selepas membaca sebuah artikel barulah saya tahu, apa yang saya alami adalah tindak-balas pil yang saya ambil. Kesan jangka panjang, boleh membawa maut. Ishhh.............macam-macam. Selepas itu, saya pun berhenti dari mengambil pil kurus tersebut.

Untuk pengetahuan anda, saya juga pernah menjalani rawatan pelangsingan di pusat pelangsingan seperti Marie France Bodyline serta SlimWorld. Beribu duit saya habis di sana. Tapi saya tak kisah....untuk kurus, saya sanggup buat apa saja. 

Tetapi sekarang ini, saya sudah tidak mengambil apa-apa produk pelangsingan mahupun berkunjung ke pusat pelangsingan seperti di atas. I prefer the natural way and it can be done. I did it and so can you. Tapi will power perlu KUAT. Be strong, makanan ada di mana-mana, lebih-lebih lagi menjelangnya Ramadhan yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Menulis tentang cara kuruskan badan ini, teringat saya pada satu kisah dalam hidup saya. Ini kisah berbelas tahun yang lalu. 

Beberapa bulan sebelum perkahwinan saya, saya pernah berpesan pada tunang saya (sekarang ni, suami saya). Pesanan saya lebih kurang begini, "kalau you gemuk, I tak nak bersanding dengan you. You bersandinglah atas pelamin tu, seorang diri." Melampau ayat saya ini. Tak sangka saya boleh keluarkan ayat sebegini pada tunang saya. Macam queen control je! Alhamdulillah, sekarang ini tak macam masa muda-muda dulu.

Jadi, semasa hari perkahwinan kami, both of us looked beautiful and gorgeous. Maaf...tak boleh tunjuk gambar. Masa itu tak pakai tudung. Subhanallah...semoga Allah menerima taubat saya.

Selepas berkahwin, satu hari saya terjumpa sepapan pil warna putih dalam bekas pensel suami. Maklumlah, saya ini golongan suka menyelongkar. Tapi menyelongkar barang di rumah sendiri tak salah kan? Saya pun bertanya tentang fungsi pil tersebut.

Rupa-rupanya pil itu adalah pil kuruskan badan. Subhanallah, suami saya sanggup mengambil pil kuruskan badan setelah mendengar pesanan saya. Saya rasa cukup bersalah dan zalim ketika itu. Suami saya, sanggup buat apa saja untuk memenuhi permintaan saya. 

Itulah lain kali, apabila bercakap, biar berpada. Satu pengalaman yang cukup berharga buat diri saya. To my beloved and dear husband, I will always love you till the end of time. Semuanya, love you till the end of time. Pada kereta saya pun, cakap macam ni juga. But then, suami kita tak sama dengan kereta. Husband is priceless...hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...